Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan
yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang
memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su’).
Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha
agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk
melepaskan hijab atau pakaian muslimah.
Berikut adalah cara bertahap:
1.Menghilangkan Definisi Hijab
Dalam
tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apa
pun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia
hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada
pakaian syar’i, pakaian dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian.
Sehingga
akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah
berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula
ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka
harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apa pun yang mereka
pakai. Berbeza halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab
adalah pakaian syar’i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah
bukan sekadar gaya (fesyen). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja,
maka hijab syar’i tetap dipertahankan. .
Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?
Pertama, Membuka Bahagian Tangan
Telapak
tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan
kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka
bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). “Ah tidak ! apa-apa, kan
masih pakai tudung dan pakai baju panjang?”, begitu bisikan syaitan. Dan
benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan
tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja.
Maka syaitan berbisik, “Itu tidak apa-apa kan?”
Kedua, Membuka Leher dan Dada
Setelah
menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk
membisikkan perkara baru lagi, “Kini buka tangan sudah menjadi lumrah,
maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni
terbuka bahagian atas dada kamu. Tapi jangan sebut sebagai pakaian
terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas.
Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil
sahaja yang terbuka.”Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka
bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga
yang fesyen bentuk huruf “V” yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi
bahagian sensitif lagi dari dadanya.
Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang
Syaitan
berbisik lagi, “Pakaianmu hanya gitu-gitu saja, tak ‘cool’, carilah
fesyen atau bahan lain yang lebih bagus!” “Tapi apa ye?” Si wanita
berfikir. “Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat
yang agak ketat biar lebih sedap dan cantik dipandang,” syaitan memberi
idea baru.Maka tergodalah si wanita, dicarinya fesyen pakaian yang
ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. “Mungkin tak ada masalah,
kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja
yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin”, begitu syaitan
menokok-nambah. Hasil pakaian tersebut akhirnya menjadi budaya di
kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan
transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai
wanita kasiyat ‘ariyat (berpakaian tetapi telanjang).
Keempat, Agak di Buka Sedikit
Setelah
para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang
lagi dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya
‘cool’ dan ‘vogue’, yakni dibisikkan kepada wanita itu, “Pakaian seperti
ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa lebih baik
ia di belah hingga lutut atau mendekati paha? Dengan itu kamu akan lebih
selesa, lebih kelihatan lincah dan bebas bergerak.” Lalu dicubalah idea
baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah
hingga lutut atau mendekati peha ternyata membuat lebih selesa, terutama
ketika akan duduk atau naik kenderaan. “Erm, tersingkap sedikit tak
apa-apalah, yang penting enjoy,” katanya.
Inilah tahap awal syaitan
merosakkan kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan
panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat
berbeza dengan hijab syar’i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan
pada tahap berikutnya.
Terbuka Sedikit Demi Sedikit
Kini syaitan
melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih ‘power’, tujuannya agar
para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.
Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit
Syaitan
Berbisik kepada para wanita, “Baju panjang benar-benar tidak selesa,
kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang memadai,
lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki. Ini baru agak
longgar. Oh, ada yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka
tudung yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari tudung yang
kecil agar lebih serasi dan sepadan, orang tetap menamakannya dengan
tudung.”Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini
terburu-buru mencari fesyen pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan
kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian
orang.
Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
Terbuka telapak
kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak
begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, “Ternyata kebanyakan
manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada
reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih
kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik,
bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah
terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh sentimeter saja.
Nanti kalau sudah biasa, baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga
separuh betis.”Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi
penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan
dalam jiwanya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang
terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.
Ketiga, Terbuka Seluruh Betis
Kini
di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah
berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir,
apakah ini tidak bercanggah dengan para wanita di masa Nabi dahulu.
Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, “Ah jelas tidak, kan
sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat
pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi
dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain,
sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata
kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya
hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga
nampak seluruh betisnya.”“Tetapi apakah itu tidak menjadi fitnah bagi
kaum lelaki”, wanita bersungut. “Fitnah? Ah, itu kan zaman dulu, di masa
itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga
wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat
tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat
bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ‘oh’
atau ‘wow’, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana
sama- sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di
pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya
memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman
ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan
zaman.”
Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis
akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit
sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan
melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab
wanita.
3. Serba Mini
Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi
pakaian sehari- harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah
bisikan syaitan yang lain. “Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu
saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala
harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah.”
Maka akhirnya
skirt mini yang menampakkan bahagian bawah peha lalu dipakai, bajunya
pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian
dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba
pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian
untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam,
petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar
pendek separuh peha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut
bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya
mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan,
maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.
Hingga
suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau
mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling
ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka
semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan “bikini”. Kerana
semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na’uzubillah bisikan
syaitan berhasil, tujuannya tercapai, “Menelanjangi Kaum Wanita.”
Demikian halus cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia
terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama
ibu bapa jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para
wanita kita sekecil apa pun, segera mengambil tindakan. Jangan biarkan
berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan,
maka ia akan menjadi sesuatu yang sukar bagi kita untuk mengatasinya.
Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan
laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah,
jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik
di dunia mahupun di akhirat.
http://www.facebook.com/notes/i-love-allah-swt-and-prophet-muhammad-saw/cara-syaitan-buka-aurat-wanita/214972191853794
Tidak ada komentar:
Posting Komentar